Wednesday, September 17, 2008

Youtube Downloader & Pazera free converter

korang mesti suke tengok video kat youtube kan..tapi masalahnya mostly video kat situ lambat and tersekat2 pastu kna tunggu habis baru leh tengok dengan smooth.n ada jugak sesetengah video yang jadi faveret kite so nak simpan untuk masa depan.

youtube downloader ni adalah salah satu aplication yang membolehkan kita download video dari youtube dalam format flv.ape yang perlu kite lakukan? mudah je.. cuma copy and paste url video tu and youtube downloader akan search.xperlu buka website youtube pun...tapi wajib ader sambungan internet la.pastu korang bleh la pegi makan ke,tengok tv ke.. n video tu akan di download ikut kelajuan internet korang.



ok..dah habis download..sekarang korang perlukan converter untuk tukar format dari .flv ke .avi supaya video tu boleh play dalam kebanyakan media player.untuk convert ni aku cadangkan guna software Pazera Free FLV to AVI converter.. sebab very convenient.korang bleh convert beberapa puluh video dalam sekali harung je.cepat plak tu..

caranya ialah korang open folder Pazera tu.Pastikan jangan ubah aplication tu g luar folder dia sebab takkan berfungsi.Pastu klik Add Files,browse dan klik convert.

kat tab bawah ader format untuk audio dan video setting.aku wat banyak trial gak untuk setting dan yang paling sesuai aku cadangkan korang guna WMV Version 2(WMP 8) untuk video setting dan WMA v2-Windows Media Audio 2 untuk audio.



P/s: Ni hanya sekadar cadangan untuk freeware yang aku rasa bagus n convenience.tapi kalo korang pentingkan kelajuan aku cadangkan guna Internet Download Manager..laju bangat..tapi 30 hari je bleh guna.n banyak lagi freeware di internet untuk korang try.cuma type flv downloader atau youtube downloader kat pokcik google.

Klik sini untuk download youtube downloader dan Pazera Free FLV to AVI Converter.


....

Saturday, September 13, 2008

Photoshop: Manipulasi Background


(Gambar adek2ku yang menjadi mangsa..hehe...)

1.Buka imej dalam photoshop.
2.Bagi memudahkan anda,pastikan window layers dan history terdapat di sebelah kanan skrin.sekiranya windows ini belum ada,klik windows di toolbar dan select layers dan history.



3.Tekan ctrl+j untuk duplicate layer.Ini akan menambah 1 layer tambahan seperti background tadi.Tujuannya supaya sebarang perubahan pada layer ini tidak akan mengganggu layer background dan dikenali sebagai Layer 1(Gambar 2).

4.Klik kanan pada Lasso Tool > Polygonal Lasso Tool(sebelah kiri dan kedua dari atas pada windows Tool)(Gambar 3).



5.Sekarang gunakan Polygonal Lasso Tool tersebut untuk select imej anda.Imej ini tidak akan berubah walaupun background berubah.

6.Sekiranya ingin menambah selection,tekan butang Shift+Click.Akan terdapat simbol+ disebelah simbol Polygonal Lasso Tool dalam gambar tu.Untuk membuang selection gunakan Alt+Click(simbol-).

7.Selepas selesai select,ctrl+j untuk copy imej anda ke layer atas.

8.Sekarang,klik di Layer 1.Di sinilah anda bleh manipulate background anda sesuka hati.Lihat contoh di bawah.



9.Contohnya gambar 6,saya gunakan effect hitam putih(desaturate).Hanya tekan Ctrl+Shift+U untuk dapatkan efek ini.Atau pergi ke Image > Adjustments > Desaturate.

10.Gambar 7 menggunakan efek Smudge Stick(Filter > Artistic > Smudge Stick).

11.Dan gambar 8 menggunakan efek Lens Blur(Filter > Blur > Lens Blur).

Macam2 g efek yang ada untuk mengindahkan atau bagi kesan tertentu pada gambar anda..cuba bereksperimen okeh..practice makes perfect :-)

Monday, September 8, 2008

Photoshop: Wat muke komik

Ngeh..ngeh..sungguh menyeronokkan untuk membuat efek komik ni..sayangnya aku lupe nak uplod brushes untuk tulisan komik macam dalam batman,spiderman..etc..xpelah gune comic sans pon not bad kan..

ok..kalo sesapa yang minat nak wat efek komik ni bleh ikut tips kat bwh...

LANGKAH 1: The displacement map
1) Duplicate fail imej asal 2 kali
2) Klik salah 1 fail tu...
3) Image > Mode > Lab
3) Klik Channel pallet > Lightness
4) Image > Mode > Grayscale
5) Flatten?.. Klik saja OK
6) Save fail dengan nama dismap.psd

LANGKAH 2: Tone
1) Tinggalkan dulu dismap.psd, fail akan digunakan nanti. Klik 1 lagi fail yang diduplicate tadi.
2) Duplicate Background layer. Namakan layer "tone"
3) Filter > Artistic > Poster Edges. Masukkan aturan spt berikut:
[Edge Thickness - 0; Edge Intensity - 0; Posterization - 1]
4) Filter > Artistic > Cut Out.
[Levels - 4; Edge Simplicity - 3; Edge Fidelity - 2]
5) Blur > Smart Blur
[Radius - 6.0; Threshold - 80; Quality - High; Mode - Normal]

LANGKAH 3: Color

1) Duplicate Background layer. Ubah kedudukan layer ke atas sekali. Namakan layer - "Color"
2) Layer Blending mode > Color
3) Filter > Noise > Dust & Scratches [Radius - 10px; Threshold - 0]
4) Image > Adjustment > Hue & Saturation [Hue - 0; Saturation - 80; Lightness - 50]

LANGKAH 4: Ink 1
1) Duplicate Background layer. Ubah kedudukan layer ke atas sekali. Namakan layer - "Ink 1"
2) Layer Blending mode > Multiply
3) Image > Adjustment > Threshold. Masukkan - 25
4) Filter > Stylize > Diffuse. Pilih "Anisotrophic"

LANGKAH 5: Ink 2
1) Duplicate Background layer. Ubah kedudukan layer ke atas sekali. Namakan layer - "Ink 1"
2) Layer Blending mode > Multiply
3) Tukar warna foreground & background kepada hitam & putih dengan tekan key D
4) Filter > Sketch > Photocopy [Details - 12; Darkness - 15]
5) Image > Adjustment > Threshold. Masukkan - 100
6) Filter > Stylize > Diffuse. Pilih "Anisotrophic"

LANGKAH 6: Ink 3

1) Create layer baru, namakan "Ink 3"
2) Edit > Fill > 50% Gray. Klik OK
3) Filter > Sketch > Halftone pattern [Size -2; Contrast - 25; Pattern type - line]
4) Filter > Distort > Displace [Horizontal - 25; Vertical - 25; Strecth to fit, Wrap around]. OK. Browse fail dismap.psd tadi
5) Filter > Blur > Gaussian Blur [Radius - 2]
6) Image > Adjustment > Threshold. Masukkan - 120
7) Filter > Stylize > Diffuse. Pilih "Anisotrophic"
Layer Blending mode > Multiply
9) Buka dismap.psd. Select all (Ctrl-A), Copy (Ctrl+C).
10) Kembali ke fail yang tengah diedit tadi. Tekan key Quntuk pilihan Quick mask. Tekan Paste (Ctrl+V).
11) Masih lagi dalam pilihan Quick mask. Filter > Blur > Smart Blur [Radius - 6; Threshold - 80; Quality - High; Mode - Normal]
12) Tekan key Q untuk keluar daripada pilihan Quick Mask. Akan ada selection pada gambar.
13) Layer > Add Layer Mask > Hide Selection
14) Klik layer mask pada layer pallete. I5) Image > Adjustment > Threshold. Masukkan nilai permulaan 200. Ubah nilai tu mengikut citarasa...

LANGKAH 7: Dot Screen
1) Create new layer, namakan "dot screen"
2) Edit > Fill > 50% Gray. Klik OK
3) FIlter > Pixelate > Color Halftone [guna default setting kecuali ubah max radius - 4
4) Layer Blending mode > Overlay
5) Boleh adjust opacity layer ni ikut citarasa..

Credit: Kak Bai - cikgu photoshop aku :-)


Saturday, September 6, 2008

Google Chrome: saingan mozilla firefox

Pagi ni aku jumpe pokcik google, aku realize die pomot 1 browser baru.tengok dari segi design and architecture aku rase leh saingi firefox kesayangan aku nih..xper kalo google chrome lagi besh aku tak teragak2 utk curang.mwahahahaaa....

Mostly design dia banyak menyerupai opera.contohnya masa buka tab baru,dia akan tunjuk thumbnails web mana yang paling kerap kita kunjungi.sangat mudah.lagi satu yang menarik yelah mode incognito yang kita bleh guna dalam browser ni.dalam mode ni,chrome tak akan menyimpan maklumat ttg semua website,cookies atau carian kita.sangat beshhh..aku dah tak larat nak padam kukis2 kat pc tempat keja aku..hehe..

so ape lagi.jom run 4 the new technology.

Friday, September 5, 2008

Tips IT: Lajukan Mozilla Firefox

Aku ni bleh dikatakan pengguna internet tahap extrem jgk la.hamper separuh hayat aku duk di alam maya..hahaha.betol ke.Oke la,aku nak gtau korang sume satu rahsia nak lajukan surfing korang kalo nkorang termasuk dalam golongan pengguna Mozilla Musang Berapi (Mozilla FireFox).


Aku dapat dari website mane tah.sori la kat admin website tu.Kalo tak leh aku bagi kredit.

Bende ini aku dah test senirik n memang puas ati la.dulu pc kat tempat keja aku jalan macam ktm,skang laju macam erl.hohoh best..

Ada syaratnya..cume leh adapt kat pengguna strimix ja.kat len2 user broadband ke, dial-up ke sori no..

K follow thiz rules..

1. Buka Firefox anda, dan taip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 300

kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0

kalau masih tidak suka dgn kelajuannya... cuba yg ini pula, type skali lagi ----> about:config

1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests

2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -

network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)

3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0

dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)

kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba..

*Mekasih pada pemberi tips asal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...