Friday, October 17, 2008

zoom animation menggunakan adobe image ready


okey,jika sebelum ini saya telah menunjukkan cara untuk membuat animated text secara basic dengan menggunakan adobe image ready,pada hari ini saya akan animated text secara zoom pula.

dan selepas ini saya akan memberi contoh-contoh lain yang lebih advance untuk animate text dan gambar.keep on visiting ok...

1.seperti biasa,buka adobe photoshop anda.

2.File > New (width -150, height - 80, background contents - white).anda boleh adjust image size ini sesuka hati anda.


3.pilih warna hitam dan tekan alt+delete untuk masukkan warna tersebut dalam latar belakang.

4.gunakan Type tool(imej T di tool palette).masukkan setiap huruf ke dalam layer yang berasingan dan duplicate(ctrl+j) setiap layer.

5.gunakan warna yang berbeza untuk huruf asal dan duplicate.pastikan huruf yang berada di bahagian depan lebih besar bagi membolehkan imej zoom terhasil.

6.Okey,sekarang buka image ready.link ini terdapat di bahagian kanan bawah palette tools.atau anda boleh menggunakan hotkey Ctrl+Shift+M.


7.image ready akan terus memaparkan fail tadi.rujuk pada tutorial sebelum ini(pada langkah no. 10) untuk melihat cara copy-paste frame pada animation pallete.

8.duplicate sebanyak 15 frame.

9.sekarang,bermula dari frame 1.apa yang anda perlukan di layer 1 adalah background hitam sahaja.jadi disablekan semua di layer palette kecuali background.

10.di frame 2,apa yang anda perlukan hanya background hitam dan huruf W kuning.disablekan yang lain.dan begitu lah seterusnya..pastikan huruf kuning akan muncul dahulu sebelum huruf sama yang berwarna putih.rujuk screenshot di bawah ini.


11.Set masa di bawah frame dengan secukup rasa.Masa bermaksud berapa lama frame tersebut akan appear.

12.ok, dah siap!sekarang untuk save..anda pergi ke file > save optimized as... dan pastikan save sebagai .gif ok.

sekarang anda boleh la upload gambar anda ke mana2 image hosting dalam internet seperti imageshack atau photobucket.

kemudian dapatkan html code dan paste pada website anda.selesai :-)...


....

tag:

Thursday, October 16, 2008

text animation menggunakan adobe image ready


Image ready merupakan salah satu software mesra pengguna daripada adobe.mempunyai link dalam tools photoshop(sehingga photoshop 9.0 - cs2), image ready digunakan secara meluas untuk membuat gif animation(gambar/teks bergerak).


Pautan dari photoshop adalah bersesuaian kerana imej perlu dibuka/edit dalam photoshop terlebih dahulu sebelum dianimasikan dalam image ready.


Gambar/teks bergerak ini lebih mudah untuk menarik perhatian visitor berbanding imej pegun.oleh sebab itu,ramai pengiklan/usahawan internet menggunakan gif animation ini sebagai link ke website mereka. hari ini saya akan menunjukkan cara untuk membuat animated text dalam adobe image ready.

1.buka adobe photoshop terlebih dahulu.

2.File > New (width -120, height - 60, background contents - white).

3.anda akan mendapat imej seperti gambar di atas.


4.Klik pada warna pada foreground untuk menukar warna latarbelakang anda.


5.Alt+Delete untuk masukkan warna tersebut di latar belakang.

6.Ok,selepas itu, klik pada type tool (huruf T di pallette) dan type pada latar belakang tersebut. Gunakan move(v) tool untuk menggerakkan tulisan anda ke tempat yang sesuai.

7.Untuk mengedit tulisan,anda boleh edit pada type bar di bawah menu bar.boleh ubah tulisan,warna,font,clarify,warped dan macam2 lagi.

8.Okey,sekarang buka image ready.link ini terdapat di bahagian kanan bawah palette tools.atau anda boleh menggunakan hotkey Ctrl+Shift+M.

9.Dalam image ready,imej dari photoshop tadi secara automatik telah di buka.

10.pada animation pallete di bawah sekali,klik pada button.seterusnya
klik pada copy frame dan selepas itu klik paste frame.

11.seterusnya klik pada 'Paste after selection ' pada pop-up berikut.

12.saya telah paste sebanyak 9 copy dan membuat pelbagai varieties pada setiap layer.bagi membolehkan perkataan terima kasih kelihatan berkelip-kelip,saya membuat selang seli antara halaman kosong berwarna merah dan mempunyai tulisan.

13.untuk 3 page seterusnya saya membuat perbagai perubahan dengan menukar warna latar belakang dan warna tulisan.

14.sesetengah objek pada layer mungkin akan kelihatan bertindih,jadi apa yang anda perlu lakukan
  • klik pada frame tersebut.
  • disablekan objek yang bertindih di layer palette.
15.setkan masa yang terdapat pada setiap bawah frame.masa ini bermaksud berapa lama frame itu akan appear.

16.ok, dah siap!sekarang untuk save..anda pergi ke file > save optimized as...
dan pastikan save sebagai .gif.jika tidak animated gif anda tidak akan bergerak.

17.hasilnya..



p/s: animated gif ini juga boleh digunakan untuk gambar anda supaya kelihatan bergerak.sebagai contoh 2keping gambar anda menutup dan membuka mata.anda boleh manipulasikan gambar itu dalam adobe image ready yang membuatkan gambar anda kelihatan seperti mengelipkan mata.hehe..best kan..


Contoh2 Penggunaan Iklan Menggunakan Adobe Image Ready












tag:

Wednesday, October 15, 2008

eksesais mata


perasan tak,kadang2 bila kita gantung gambar kat dinding..kita rasa gambar tu dah straight..tapi orang lain pandang senget.

bayangkanlah kalau anda jurutera/kontraktor dan anda bekerja dalam sektor pembinaan, kemahiran untuk menentukan ketepatan sangat2 penting.tapi biasanya ketepatan ini berbeza untuk setiap orang.mungkin ada yang sukar melihat ketepatan untuk objek2 geometri seperti bulatan,segiempat atau selari.dan mungkin juga ada yang sukar mengagak jarak.

nak tau ketepatan pandangan anda?jom try game ni:the eyeballing games.

anda juga boleh challenge dengan orang2 lain di seluruh dunia.





....

membuat dokumen pdf menggunakan primo pdf

Primo pdf adalah salah satu freeware yang memudahkan kita untuk mencipta fail pdf.Fail pdf amat penting dan diperlukan terutamanya bagi pengekalan hakcipta(copyright) dan meningkatkan keselamatan dokumen kita.ini kerana fail yang telah disimpan sebagai *.pdf tidak boleh di edit.

selain digunakan sebagai e-mail attachment,pdf juga sesuai digunakan untuk membuat e-book sendiri atau tujuan pra percetakan.jika dahulu kita perlu mempunyai perisian adobe reader untuk membuat fail pdf , hari ini pula terdapat banyak perisian percuma di internet untuk tujuan yang sama.

Step By Step

1.Download primo pdf di sini.
2.Install di komputer anda.
3.Secara automatik, primo pdf akan terus terinstall sebagai salah satu printer anda(akan print dokumen anda kepada *.pdf,bukan betul2 print :-))
4.buka dokumen yang anda ingin convert,pergi kepada File > Print.Di bahagian printer name tukar kepada primo pdf.
5.Ok.

6.Setelah itu anda perlu menentukan dimana fail pdf tersebut akan disimpan.Klik pada browse button pada ruang Save As.
7.Klik create pdf button.

8.Ok dah pun siap fail .pdf anda.

Selain dari primopdf,terdapat beberapa lagi freeware untuk mencipta fail pdf sepeti cutepdf.secara teorinya kaedah yang digunakan adalah sama dengan menjadikan software ini sebagai printer.




....

Tuesday, October 14, 2008

windows vienna:pengganti windows vista


Ada rumours yang dah jadi kenyataan bahawasanya Microsoft akan melancarkan 1 lagi versi Windows pada pertengahan tahun hadapan.Windows Se7en yang juga dikenali dengan nama Vienna bakal menjengah dunia IT pada September 2009.


dalam keadaan vista yang baru nak bertatih, kemunculan windows Se7en mungkin menimbulkan persoalan.Kemungkinan2 yang berlaku dan menyebabkan peralihan ini:

  • Vista memerlukan spec sistem yang tinggi untuk menggunakannya
  • kurang mesra pengguna berbanding XP
tapi bagi saya,saya lebih suka vista berbanding xp.memang orang cakap dia gunakan source yang banyak watsoever tapi janji grafik lawa dan menyedapkan mata saya tak kisah.lagipun saya suka try sumthing yang baru dan mencabar.

macamana nasib windows vista lepas kedatangan adik dia vienna.wait n c..

Wednesday, October 8, 2008

ori ke telefon bimbit anda?

selalunya masa membeli telefon bimbit atau handset kita akan ditanya penjual sama ada kita nak yang ORI atau AP.sememangnya selalu kita pastikan ori,baru beli tapi ada jugak sesetengah yang nak save bajet n tak kisah sangat pasal mendalah tu.

Berikut beberapa info antara ORI dan AP:

Original Set
- Nokia: Pengedar sah ---> Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
- Sony Ericsson ---> T-Choice, Grandtech dan Midlands.
- Samsung ----> First Mobile Group (FMG).
- Motorola -----> Satellite Technics, Zitron and MDM.
- Siemens ----Zitron and FMG.
- Pengguna boleh servis kat mana2 servis centre (Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres...)
- Setahun waranti untuk full set termasuk charger, bateri, handsfree.
- Guna alat ganti yang tulen.

AP Set
- Approval products
- biasanya diimport dari luar negara untuk dijual kepada pengguna.
- Waranti untuk AP set biasanya diberi oleh syarikat2 seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax...dll
- Setahun waranti untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.


AP set sebenarnya membayar tax import,cuma tidak membayar tax sebagai Local Authorised Dealer.Ia biasanya dijual oleh syarikat2 kecil yang mungkin boleh menghentikan perniagaan mereka bila2 masa sahaja.


Tambahan pula,jika ada kerosakan pada telefon bimbit anda,kadang kala syarikat AP tidak mempunyai alat ganti yang cukup.Jadi mereka terpaksa menghantar ke Local Authorised Dealer (eg. Zitron, Avaxx).


Terdapat satu lagi set telefon bimbit dikenali sebagai recon set, jadi berhati-hati semasa membeli.


Recon set adalah second hand handset dari luar negara, di mana mereka hanya menukar cover(mungkin bukan original cover),servis sikit2 dan jual sebagai AP set.


Mengenalpasti Original dan AP Set.

- Buka phone case dan bateri.
- Original set didatangkan dengan sticker syarikat yang sah (Zitron, Avaxx, T-Choice...)
- AP set didatangkan dengan sticker syarikat AP (Final Choice...)
- Tekan *#06# untuk check 15 digit nombor siri telefon tersebut (IMEI).
- Bandingkan dengan IMEI yang ditulis di phone sticker(belakang phone case) dan sticker pada kotak pakej.
- Untuk set original,ketiga2 IMEI ini adalah sama.









kredit: lowyat.net

...

user posted image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...