Friday, June 4, 2010

PSD tutorial : tilt shift photography. comelnya!!

Ini adalah satu lagi teknik yang sangat menarik untuk diaplikasikan kepada imej anda. Teknik yang dikenali sebagai "Tilt-Shift Photography" ini membolehkan imej anda kelihatan seperti sebuah miniature yang dipertontonkan kepada orang ramai di dalam sebuah kotak pameran. Cuba lihat imej-imej ini. Menarik, kan?




Teknik ni sesuai untuk imej yang dicapture dari bahagian atas. Macam sebuah miniature la, biasa kita tengok dari bahagian atas kan. Caranya senang je. Jom kita try buat.

1. Buka imej anda dengan melalui menu File > Open atau ctrl+o.

2. Klik pada Quick Mask Mode di bawah senarai Tool.


3. Pilih Gradient Tool dari senarai tool dan Reflected Gradient dari setting Gradient.

4. Drag Gradient Tool di atas imej anda bermula dari imej yang dipilih. Contohnya saya mula drag dari tengah imej untuk memberikan kesan blur di tepi. Imej anda sepatutnya akan jadi warna merah seperti di bawah(kerana edit dalam Quick Mask Mode).

5. Sekarang, klik semula di Quick Mask Mode (seperti langkah 2) untuk keluar dari Quick Mask Mode. Sekarang anda berada di Standard Mode. Anda akan dapati ada selection di situ.

6. Sekarang, pergi ke Filter > Blur > Lens Blur. Cuba bereksperimen dengan setting di Lens Blur tersebut untuk mendapatkan tilt shift yang tepat untuk gambar anda. (I.e: Shape, Radius, Blade Curvature, Brigtness, Threshold etc).

7. Tekan ctrl+u dan edit Saturation sehingga 30-40 untuk mendapatkan kesan yang lebih menarik.



Taa daa..

Usaha Tangga Kejayan :p

Thursday, June 3, 2010

PSD tutorial : glamour effect

Salam.

Kali ini saya akan menunjukkan satu lagi tutorial untuk menjadikan imej biasa anda kepada imej yang glamour atau lebih dikenali sebagai Glamour Effect. Ala-ala magazine punya gambar tu.. Ok let's start yuk!

1. Buka imej yang ingin di edit dengan menggunakan menu File > Open atau simply hit ctrl+o.


2. Copy layer background dengan menekan ctl+j. Anda akan mendapat kedudukan layer seperti di bawah.


3. Jadikan imej di layer 1 sebagai black and white dengan menekan ctrl+shift+u.


4. Kemudian, pergi ke Filter > Stylize > Diffuse.


5. Apabila terpapar windows ini, select Anisotropic.


6. Tekan ctrl + f untuk memberikan 1 lagi kesan yang sama seperti Diffuse tadi.

7. Kemudian, tukar layer mode kepada Hard Light.

8. Inilah hasilnya...nampak lebih glamour seperti gambar di majalah kan. :)



Sampai jumpa lagi.

Wednesday, June 2, 2010

PSD tutorial: baju anda bertukar-tukar warna? wow mengancam!!

Salam.

Lama betul rasanya tak membuat tutorial baru. Bahan sentiasa ada, cuma masa yang amat terbatas untuk memenuhi tuntutan kerja. Memandangkan politeknik tengah cuti semester sekarang, jadi saya ambik kesempatan buat satu lagi tutorial yang mudah untuk Adobe Photoshop beginner.



Sebelum ni saya banyak jumpa gambar tukar-tukar kaler ni di myspace. Mcm best gak kan. Ada yang tukar-tukar warna kasut, baju, topi, spek dan lipstik!! Menarik dan catchy. Jadi dalam tutorial ni saya nak tunjukkan bagaimana menjadikan imej warna yang statik bertukar menjadi menarik. Let's do it!!

Ikut langkah di bawah ye. Saya gunakan Adobe CS3 je untuk tutorial ni.

1. Buka imej anda di Adobe Photoshop dengan klik File > Open atau ctrl+o. Sorry la yer gambar model ni seksi sket :P.


2. Dengan menggunakan Polygonal Lasso Tool atau Magnetic Lasso Tool, select bahagian yang anda ingin warnakan.

* Tool ini terletak pada kedudukan ketiga dalam senarai Tool.
Sekiranya anda tidak dapat mengecamnya, hover mouse anda pada senarai Tool sehingga anda dapat jumpa Lasso Tool. Klik kanan dan pilih Tool yang bersesuaian dengan imej anda.

*Beza antara Polygonal Lasso Tool dan Magnetic Lasso Tool?
Polygonal Lasso Tool memerlukan anda select sendiri manakala Magnetic Lasso Tool akan membuat selection secara automatik berdasarkan perbezaan antara warna. Cuba dulu baru tau, kan?


3. Sekarang, anda dah pilih bajunya kan? Dengan selection aktif, tekan ctrl + j untuk copy baju tersebut ke layer lain. Dalam tutorial ini saya copy sebanyak 4 layer.


4. Now, showtime..heheh. Mari kita animasikan selection kita tu. Pergi ke Windows > Animation.


4. Ini hasilnya. Satu window akan keluar dibahagian bawah skrin. Sekarang anda perlu 'duplicate selected frame' sebanyak mana anda mahu. Klik pada ikon 'duplicate selected frame' di bawah window animation tersebut (sebelah dustbin). Untuk tutorial ini, saya duplicate sebanyak 4 kali.


5. Sekarang, apa yang anda perlu lakukan ialah menukar warna baju untuk setiap layer. Klik pada setiap layer kecuali background, tekan ctrl+u dan gerakkan slider untuk mendapatkan warna idaman.

6. Klik pada frame pertama (dalam windows animation) dan tutup semua layer kecuali background dan layer warna yang diinginkan sahaja.

7. Ulangi dengan klik pada setiap frame. Pada setiap frame, tutup semua layer kecuali pada background dan warna yang diinginkan sahaja.


8. Setelah selesai, tetapkan masa untuk setiap layer display dengan cara klik pada delay time dibawah setiap frame. Untuk tutorial ini, saya menetapkan 0.2 saat untuk setiap frame.


9. Okey siap, sekarang anda boleh lihat hasil kerja anda dengan menekan butang Play dibawah windows animation.

10. Jangan lupa save hasil kerja anda pulak. Untuk save, klik pada File > Save as web and devices..
11. Di windows Save as web and devices, save sebagai .gif.


12. Inilah hasilnya...:)



Good Luck!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...