Wednesday, November 26, 2008

PSD tutorial: 2 minit untuk tukar warna baju.


Satu lagi teknik mudah dan tanpa kos masa dari Adobe Photoshop. Sangat le senangnya bak kata orang sambil pejam mata pun boleh wat. Ok sila ikuti langkah-langkah ini ye.

1. Macam biasa, buka imej yang anda ingin edit.


2. Dengan menggunakan tool Polygonal Lasso Tool dari Tool Pallette, mulakan selection pada baju. Lakukan dengan berhati2. Klik dan tarik dan klik mengikut garisan.

HOTKEY TIPS:
  • Jika saiz imej terlalu kecil, besarkan view dengan menggunakan hotkey ctrl++
  • Jika saiz imej terlalu besar, kecilkan view dengan menggunakan hotkey ctrl+-

3. Setelah siap membuat selection, ctrl+u untuk mendapatkan Hue/Saturation. Dalam tetingkap ini, gerakkan slider untuk mendapatkan warna yang anda inginkan. Setelah berpuas hati dengan warna tersebut, ctrl+d untuk deselect(hentikan selection).


4. Ha siap dah. Gunakan kreativiti anda untuk adjust warna kegemaran anda. Ini antara hasilnya.


Lepas ni, boleh la anda adjust gambar raya anda berdua supaya warna baju sedondon dengan boyfriend/ girlfriend/ suami/ isteri sebelum di framekan. Haha.

Teknik ini lebih berkesan pada warna pakaian yang cerah. Pada warna gelap tak banyak perubahan. Selain itu, anda juga boleh gunakan teknik yang sama untuk ubah apa2 warna seperti warna mata, rambut, kasut dan sebagainya yang berwarna cerah. Anda juga boleh putihkan gigi dengan kaedah ini iaitu select kemudian tinggikan Lightness sedikit dalam Hue/Saturation. Mudah, kan?



....

Monday, November 24, 2008

PSD tutorial: tukar latar belakang anda

Salam. Kali ini saya akan menunjukkan cara untuk menukar imej pada latar belakang anda. Bayangkan, anda tidak pernah ke Zurich tetapi anda teringin melihat gambar anda di abadikan bersama salji yang memutih di sana. Cara termudah dan tanpa kos ialah dengan menggunakan Adobe Photoshop! :).

Untuk memudahkan anda, saya tunjukkan senarai tools yang akan digunakan dalam tutorial ini (highlighted hijau). Semua tools ini terdapat pada pallette tools dalam perisian Adobe Photoshop anda.

Ikuti langkah2 ini:

1. Buka imej anda.

2. Gunakan Polygonal Lasso Tool (L) untuk select imej anda. Mulakan dengan klik dan tarik dan klik sehingga selesai selection anda.

TIPS: untuk imej seperti di atas yang mempunyai 1 warna untuk latar belakang, anda boleh menggunakan Magic Wand Tool(W) yang secara automatik akan select warna yang di klik.
  • Klik pada warna biru.
  • Photoshop akan select semua warna biru dalam gambar. Imej yang anda perlukan adalah orang. Jadi, anda perlu inverse selection dengan menggunakan hotkey ctrl+shift+i.

3. Hasil kerja anda setakat ini:


4. Ctrl+c untuk copy imej orang.
5. Seterusnya buka gambar pemandangan/ latar belakang yang anda suka. ctrl+v untuk paste imej orang tadi.



6. Sekarang, gunakan ctrl+t untuk resize imej orang tersebut mengikut kesesuaian latar belakang.
7.Gunakan Move Tool (V) untuk menggerakkan imej orang ke posisi yang anda sukai. Jangan lupa padamkan kesan2 cut/potong di tepi imej dengan menggunakan Eraser Tool(E). Hasilnya:

Anda sudah pun bergambar berlatar belakangkan salju yang membiru. Haha.. biru ke.

Dan yang lagi best anda pun boleh menggunakan imaginasi tanpa sempadan untuk menambahkan lagi kepelbagaian pada gambar anda. Selamat mencuba!!


Dan oh, gunakan ctrl+t juga untuk menterbalik, menyengetkan gambar anda dan macam2 lagi. caranya:

  • ctrl + t
  • halakan kursor di luar imej sehingga anda nampak satu lengkungan kecil dengan anak panah.
  • hold mouse dan anda pusingkan imej sesedap rasa. Juga, anda boleh cuba menekan kekunci shift,ctrl atau alt ketika pusing atau manipulasi imej. Anda boleh lihat perbezaan dan penggunaannya nanti.


keep practice!

...

Saturday, November 22, 2008

PSD tutorial : cantuman beberapa imej


Anda mungkin pernah melihat gambar seperti ini di poskad atau halaman web. Teknik cantuman beberapa imej yang dikenali sebagai kolaj ini sebenarnya mudah sahaja dengan perisian Adobe Photoshop. Tak percaya, jom kita try!

1. Seperti biasa, buka fail baru dalam Adobe Photoshop dengan klik pada File > New atau menggunakan hotkey ctrl+n.
2. Dalam tetingkap New > Preset Sizes, pilih saiz yang anda suka. Untuk tutorial ini saya menggunakan 640x480 pixel.


3. Sekarang untuk memilih warna latar belakang, double klik pada kotak foreground atau background dan pilih warna anda. Untuk tutorial ini, saya memilih warna ungu muda.

HOTKEY TIPS:
  • Untuk memasukkan (fill) warna foreground ke dalam kanvas : alt+del
  • Untuk memasukkan (fill) warna background ke dalam kanvas : ctrl+del

4. Seterusnya klik pada Lasso Tool (L) yang berbentuk bulat untuk membuat selection pada gambar pertama anda.


5. Buka fail gambar pertama iaitu imej bunga raya. Perhatikan pada toolbar diatas imej. Terdapat 1 option Feather. Feather ini bermaksud smoothness di tepi imej yang kita select tersebut. Untuk imej yang besar, gunakan Feather yang lebih tinggi dan sebaliknya. Untuk imej ini, saya menggunakan 50pxl kerana saiz imej agak kecil.
6. Buat selection dengan cara melukis bulatan di sekeliling bunga raya dengan menggunakan Lasso Tool tadi.



7. Ctrl+c untuk copy imej ini. Kemudian buka semula imej background tadi(ungu muda)dan ctrl+v untuk paste.


8. Sekiranya anda masih nampak tidak menarik di tepi imej tadi, gunakan Eraser Tool(E) untuk memadamkan kawasan yang tidak dikehendaki tersebut.
9. Perhatikan pada toolbar di atas imej semasa anda menggunakan Eraser Tool. Gunakan mode brush, opacity yang rendah dan mata brush yang smooth(pilih dari senarai) untuk mewujudkan kesan yang lebih natural.
10. Ulang langkah 5 hingga 9 untuk imej2 lain.
11. Sekiranya imej terlalu besar, kecilkan view dengan menggunakan ctrl+ -. Seterusnya ctrl+t untuk resize imej. Rujuk gambar di bawah.


12. Ok, dah siap pun gambar anda. Pastikan anda menggunakan Eraser Tool untuk memadamkan sisi2 imej yang tidak dikehendaki. Caranya dengan klik pada layer imej tersebut dan klik Eraser Tool(E) dan erase.
13. Untuk menyusun susunan imej anda, klik pada layer imej tersebut dan klik pada Move Tool(V).
13. Jika anda telah mahir menggunakan hotkey / shortcut dalam photoshop, tidak sampai 5 minit anda akan dapat menyiapkan imej kolaj ini. Percayalah, practice makes perfect!! =)


Friday, November 21, 2008

PSD tutorial: setitis air di daun

Hari ini saya akan menunjukkan cara untuk membuat titisan air di daun menggunakan Adobe Photoshop.

1.Buka fail anda. Dalam tutorial ini saya menggunakan fail leaf.jpg.
2.Tambahkan 1 layer baru( Shift + Ctrl + N).
3.Buat 1 selection berbentuk bulat menggunakan Elliptical Marquee Tool.


4.Tekan D pada keyboard untuk menjadikan warna foregroundnya hitam dan backgroundnya putih.

5. Dengan selection bulatan yang masih aktif, klik pada ikon Gradient(G) di tool pallete dan pilih jenis linear. Perhatikan toolbar diatasnya, terdapat pilihan untuk Gradient Tool.


6. Pilih setting seperti A, B dan C pada toolbar Gradient tersebut.Pastikan anda tidak tick pada kekotak Reverse.
7. Sekarang, anda boleh mula drag dari atas ke bawah dalam selection bulatan tersebut. Mulakan dari atas-kiri bulatan ke bawah-kanan.Hasilnya seperti di bawah:
8. Bagaimana? Anda berjaya melakukannya? Seterusnya jadikan layer ini sebagai Overlay dengan pergi ke Layer Pallette dan tukar mod Normal kepada Overlay di blending mode.

9. Tambah layer style dengan mengklik icon ini di bawah Layer Pallette.


10. Pilih Drop Shadow dengan setting seperti di bawah.


  • Blend Mode: Multiply
  • Opacity: 50%
  • Angle: 158
  • Distance : 7px
  • Spread: 0%
  • Size: 5 px

11. Kemudian, Inner Shadow dengan setting seperti di bawah.


  • Blend Mode: Multiply
  • Opacity: 75%
  • Angle: -29
  • Distance : 5px
  • Spread: 0%
  • Size: 5 px

12. Ini adalah hasilnya:


13. Klik huruf X untuk menukar semula warna foreground dan background.
14. Untuk menjadikan titisan air lebih natural kita boleh letakkan satu titik putih di sebelah atas kiri dengan menggunakan Brush Tool (hard) dengan 6-7px saiz (mengikut kesesuaian).
15. Last touch:


16. Ctrl+t untuk resize saiz titisan air tersebut.

P.S : Anda boleh membuat lebih banyak titisan air dengan cara duplicate layer air tersebut(ctrl + j). Setelah itu, drag layer baru ke bahagian daun yang lain dengan menggunakan kekunci Move (v) di Tool Pallette. Kemudian resize(ctrl + t) sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya.



Saturday, November 15, 2008

mainkan semua video format dalam 1 player!

Hari ni saya nak kongsi tips bagaimana untuk memainkan sebarang video format dalam 1 player tanpa install lain-lain player.


Biasanya kita perlu install pelbagai player untuk pelbagai video format kan, contohnya FLV Player untuk play *.flv, divx player untuk divx format dan seumpamanyalah. Jadi tak mahu menyesakkan mata dan pc kita, just gunakan tips ini untuk supaya video player pilihan anda menjadi All In One.


dalam kes ini, saya memilih untuk menggunakan Windows Media Player sebagai default player dan terus dapat memainkan fail-fail video seperi avi, divx, xvid, mov, mpeg4, real video, mpeg1 dan mpeg2 bila saya double-click.

Apa yang perlu anda lakukan?


  • isnain (2): install seperti biasa
  • salasatun (3): klik kanan pada fail video yang ingin dimainkan secara default tersebut, contohnya failsaya.flv, dan klik open with. Klik pada Windows Media Player dalam senarai dan tick pada Always use the selected program the open this kind of file di bawah senarai tersebut.
  • arbaatun (4): ok, sekarang double click failsaya.flv dan anda akan dapati yang ia di buka dalam Windows Media Player. Pada kali pertama setiap format di gunakan, anda akan mendapati terdapat 1 dialog box makluman seperti berikut. cuma tick dan sekarang anda boleh mainkan format *.flv dalam Windows Media Player anda. Ulangi langkah (4) untuk format2 video yang lain.



~FFDShow adalah codec pack yang akan install codec video format ke dalam pc anda. Terdapat juga fungsi pelarasan audio dan subtitle(boleh dilihat pada taskbar) yang menjadikan tontonan video anda lebih fleksibel.





p.s: tips asal - brader tasek16 dr putera.com

....

Monday, November 3, 2008

lock folder rahsia anda!

kebanyakan pc atau desktop pada hari ini boleh dikunci dengan menggunakan windows password. manakala bagi sesetengah jenama notebook pula menggunakan kaedah akses yang lebih canggih seperti pengecaman muka (veriface), thumb print, selain pengecaman anak mata dan suara.

itu untuk melindungi sebuah komputer. tapi bagaimana sekiranya anda perlu meminjamkan pc / notebook anda kepada orang lain.. sebagai sebuah notebook, sudah pasti ia menyimpan banyak elemen "peribadi".

jadi bagaimana anda boleh melindungi folder2 peribadi anda dari diceroboh oleh orang lain?

mudah saja.. apa yang anda perlukan ialah software yang boleh mengunci folder anda dengan menggunakan password. saya mencadangkan anda menggunakan KaKa Folder Protector 5.34.



Penggunaan software ni sangat mudah. anda tak perlu install apa2 sebaliknya copy sahaja software ini kedalam folder yang anda ingin lock, kemudian double click dan masukkan password.


begitu juga ketika unlock.

~pastikan anda klik pada option Complete bagi membolehkan anda save, copy, paste, delete, etc..~


mudah saje dan hanya orang yang tahu password sahaja yang boleh open folder tersebut. tetapi, AWAS!! jangan sampai terlupa kerana tidak ada alternatif lain untuk membuka folder anda kecuali password..


sekian, semoga dapat mengelakkan fail2 skandal anda dari di ceroboh.. :p

download KaKa Folder Protector di sini..




....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...