Wednesday, November 26, 2008

PSD tutorial: 2 minit untuk tukar warna baju.


Satu lagi teknik mudah dan tanpa kos masa dari Adobe Photoshop. Sangat le senangnya bak kata orang sambil pejam mata pun boleh wat. Ok sila ikuti langkah-langkah ini ye.

1. Macam biasa, buka imej yang anda ingin edit.


2. Dengan menggunakan tool Polygonal Lasso Tool dari Tool Pallette, mulakan selection pada baju. Lakukan dengan berhati2. Klik dan tarik dan klik mengikut garisan.

HOTKEY TIPS:
  • Jika saiz imej terlalu kecil, besarkan view dengan menggunakan hotkey ctrl++
  • Jika saiz imej terlalu besar, kecilkan view dengan menggunakan hotkey ctrl+-

3. Setelah siap membuat selection, ctrl+u untuk mendapatkan Hue/Saturation. Dalam tetingkap ini, gerakkan slider untuk mendapatkan warna yang anda inginkan. Setelah berpuas hati dengan warna tersebut, ctrl+d untuk deselect(hentikan selection).


4. Ha siap dah. Gunakan kreativiti anda untuk adjust warna kegemaran anda. Ini antara hasilnya.


Lepas ni, boleh la anda adjust gambar raya anda berdua supaya warna baju sedondon dengan boyfriend/ girlfriend/ suami/ isteri sebelum di framekan. Haha.

Teknik ini lebih berkesan pada warna pakaian yang cerah. Pada warna gelap tak banyak perubahan. Selain itu, anda juga boleh gunakan teknik yang sama untuk ubah apa2 warna seperti warna mata, rambut, kasut dan sebagainya yang berwarna cerah. Anda juga boleh putihkan gigi dengan kaedah ini iaitu select kemudian tinggikan Lightness sedikit dalam Hue/Saturation. Mudah, kan?



....

3 comments:

hanamichi said...

thanks kak cengkiau.saya copy ye..

sticker said...

Although there are differences in content, but I still want you to establish Links, I do not
fashion jewelry

Anonymous said...

miley cyrus nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/mileycyrus]miley cyrus nude[/url] paris hilton nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/parishilt]paris hilton nude[/url] kim kardashian nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/kimkardashian45]kim kardashian nude[/url] kim kardashian nude [url=http://www.ipetitions.com/petition/celebst]kim kardashian nude[/url]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...