Friday, October 17, 2008

zoom animation menggunakan adobe image ready


okey,jika sebelum ini saya telah menunjukkan cara untuk membuat animated text secara basic dengan menggunakan adobe image ready,pada hari ini saya akan animated text secara zoom pula.

dan selepas ini saya akan memberi contoh-contoh lain yang lebih advance untuk animate text dan gambar.keep on visiting ok...

1.seperti biasa,buka adobe photoshop anda.

2.File > New (width -150, height - 80, background contents - white).anda boleh adjust image size ini sesuka hati anda.


3.pilih warna hitam dan tekan alt+delete untuk masukkan warna tersebut dalam latar belakang.

4.gunakan Type tool(imej T di tool palette).masukkan setiap huruf ke dalam layer yang berasingan dan duplicate(ctrl+j) setiap layer.

5.gunakan warna yang berbeza untuk huruf asal dan duplicate.pastikan huruf yang berada di bahagian depan lebih besar bagi membolehkan imej zoom terhasil.

6.Okey,sekarang buka image ready.link ini terdapat di bahagian kanan bawah palette tools.atau anda boleh menggunakan hotkey Ctrl+Shift+M.


7.image ready akan terus memaparkan fail tadi.rujuk pada tutorial sebelum ini(pada langkah no. 10) untuk melihat cara copy-paste frame pada animation pallete.

8.duplicate sebanyak 15 frame.

9.sekarang,bermula dari frame 1.apa yang anda perlukan di layer 1 adalah background hitam sahaja.jadi disablekan semua di layer palette kecuali background.

10.di frame 2,apa yang anda perlukan hanya background hitam dan huruf W kuning.disablekan yang lain.dan begitu lah seterusnya..pastikan huruf kuning akan muncul dahulu sebelum huruf sama yang berwarna putih.rujuk screenshot di bawah ini.


11.Set masa di bawah frame dengan secukup rasa.Masa bermaksud berapa lama frame tersebut akan appear.

12.ok, dah siap!sekarang untuk save..anda pergi ke file > save optimized as... dan pastikan save sebagai .gif ok.

sekarang anda boleh la upload gambar anda ke mana2 image hosting dalam internet seperti imageshack atau photobucket.

kemudian dapatkan html code dan paste pada website anda.selesai :-)...


....

tag:

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...