Wednesday, October 8, 2008

ori ke telefon bimbit anda?

selalunya masa membeli telefon bimbit atau handset kita akan ditanya penjual sama ada kita nak yang ORI atau AP.sememangnya selalu kita pastikan ori,baru beli tapi ada jugak sesetengah yang nak save bajet n tak kisah sangat pasal mendalah tu.

Berikut beberapa info antara ORI dan AP:

Original Set
- Nokia: Pengedar sah ---> Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
- Sony Ericsson ---> T-Choice, Grandtech dan Midlands.
- Samsung ----> First Mobile Group (FMG).
- Motorola -----> Satellite Technics, Zitron and MDM.
- Siemens ----Zitron and FMG.
- Pengguna boleh servis kat mana2 servis centre (Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres...)
- Setahun waranti untuk full set termasuk charger, bateri, handsfree.
- Guna alat ganti yang tulen.

AP Set
- Approval products
- biasanya diimport dari luar negara untuk dijual kepada pengguna.
- Waranti untuk AP set biasanya diberi oleh syarikat2 seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax...dll
- Setahun waranti untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.


AP set sebenarnya membayar tax import,cuma tidak membayar tax sebagai Local Authorised Dealer.Ia biasanya dijual oleh syarikat2 kecil yang mungkin boleh menghentikan perniagaan mereka bila2 masa sahaja.


Tambahan pula,jika ada kerosakan pada telefon bimbit anda,kadang kala syarikat AP tidak mempunyai alat ganti yang cukup.Jadi mereka terpaksa menghantar ke Local Authorised Dealer (eg. Zitron, Avaxx).


Terdapat satu lagi set telefon bimbit dikenali sebagai recon set, jadi berhati-hati semasa membeli.


Recon set adalah second hand handset dari luar negara, di mana mereka hanya menukar cover(mungkin bukan original cover),servis sikit2 dan jual sebagai AP set.


Mengenalpasti Original dan AP Set.

- Buka phone case dan bateri.
- Original set didatangkan dengan sticker syarikat yang sah (Zitron, Avaxx, T-Choice...)
- AP set didatangkan dengan sticker syarikat AP (Final Choice...)
- Tekan *#06# untuk check 15 digit nombor siri telefon tersebut (IMEI).
- Bandingkan dengan IMEI yang ditulis di phone sticker(belakang phone case) dan sticker pada kotak pakej.
- Untuk set original,ketiga2 IMEI ini adalah sama.









kredit: lowyat.net

...

user posted image

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...