Saturday, November 22, 2008

PSD tutorial : cantuman beberapa imej


Anda mungkin pernah melihat gambar seperti ini di poskad atau halaman web. Teknik cantuman beberapa imej yang dikenali sebagai kolaj ini sebenarnya mudah sahaja dengan perisian Adobe Photoshop. Tak percaya, jom kita try!

1. Seperti biasa, buka fail baru dalam Adobe Photoshop dengan klik pada File > New atau menggunakan hotkey ctrl+n.
2. Dalam tetingkap New > Preset Sizes, pilih saiz yang anda suka. Untuk tutorial ini saya menggunakan 640x480 pixel.


3. Sekarang untuk memilih warna latar belakang, double klik pada kotak foreground atau background dan pilih warna anda. Untuk tutorial ini, saya memilih warna ungu muda.

HOTKEY TIPS:
  • Untuk memasukkan (fill) warna foreground ke dalam kanvas : alt+del
  • Untuk memasukkan (fill) warna background ke dalam kanvas : ctrl+del

4. Seterusnya klik pada Lasso Tool (L) yang berbentuk bulat untuk membuat selection pada gambar pertama anda.


5. Buka fail gambar pertama iaitu imej bunga raya. Perhatikan pada toolbar diatas imej. Terdapat 1 option Feather. Feather ini bermaksud smoothness di tepi imej yang kita select tersebut. Untuk imej yang besar, gunakan Feather yang lebih tinggi dan sebaliknya. Untuk imej ini, saya menggunakan 50pxl kerana saiz imej agak kecil.
6. Buat selection dengan cara melukis bulatan di sekeliling bunga raya dengan menggunakan Lasso Tool tadi.



7. Ctrl+c untuk copy imej ini. Kemudian buka semula imej background tadi(ungu muda)dan ctrl+v untuk paste.


8. Sekiranya anda masih nampak tidak menarik di tepi imej tadi, gunakan Eraser Tool(E) untuk memadamkan kawasan yang tidak dikehendaki tersebut.
9. Perhatikan pada toolbar di atas imej semasa anda menggunakan Eraser Tool. Gunakan mode brush, opacity yang rendah dan mata brush yang smooth(pilih dari senarai) untuk mewujudkan kesan yang lebih natural.
10. Ulang langkah 5 hingga 9 untuk imej2 lain.
11. Sekiranya imej terlalu besar, kecilkan view dengan menggunakan ctrl+ -. Seterusnya ctrl+t untuk resize imej. Rujuk gambar di bawah.


12. Ok, dah siap pun gambar anda. Pastikan anda menggunakan Eraser Tool untuk memadamkan sisi2 imej yang tidak dikehendaki. Caranya dengan klik pada layer imej tersebut dan klik Eraser Tool(E) dan erase.
13. Untuk menyusun susunan imej anda, klik pada layer imej tersebut dan klik pada Move Tool(V).
13. Jika anda telah mahir menggunakan hotkey / shortcut dalam photoshop, tidak sampai 5 minit anda akan dapat menyiapkan imej kolaj ini. Percayalah, practice makes perfect!! =)


4 comments:

mazudi said...

Salam.
Jarang boleh nampak tutorial PSD macam ni.
TQ.

Pok Li said...

Salam singgah. Tq.

cengkiau said...

Pok Li
tenkiu datang menyinggah..
datang la lagi :-)

En Mazudi
Thanks for visiting..:-)

sticker said...

cheap handbags
evening handbag
handbags online
ladies handbag
luxury handbag

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...