Monday, September 21, 2009

PSD tutorial : change your eye colour

Beberapa rakan bertanya kepada saya cara untuk menukar warna anak mata. Walaupun saya pernah memberi penjelasan secara indirect way macam dalam tutorial ni, tapi diorang tetap nak yang mata sahaja jugak. Takpelah kawan-kawan nyer pasal, saya bagi satu lagi tutorial untuk tukar warna anak mata sahaja. Sebenarnya ada beberapa cara, tapi ini adalah the easiest way, tak perlu brushes atau Quick Mask. Jom tukar warna mata Angelina Jolie meh. Heheh.

1. Buka imej yang anda nak edit.


2. Klik pada Polygonal Lasso Tool di Tools Pallette. (boleh juga gunakan selection Tool lain seperti Elliptical Marquee Tool jika bentuk anak mata adalah perfect circle).


3. Dengan berhati-hati, klik pada anak mata. Klik dan drag Polygonal Lasso Tool sehingga selesai selection. Jika imej terlalu kecil, besarkan view dengan klik ctrl++.


4. Select satu lagi anak mata dengan hold shift dan klik pada anak mata tersebut. Anda akan nampak tanda + di sebelah cursor anda.


5. Selesai select, tekan ctrl+j untuk copy anak mata kepada layer baru. Ini adalah untuk mengelakkan sebarang perubahan berlaku pada layer background.


6. Di layer baru, tekan kekunci ctrl+u atau Image > Adjustment > Hue/Saturation. Gerakkan slider untuk mendapatkan warna yang anda inginkan. Jeng jeng...



7. Again, teknik ni lebih berkesan pada warna yang cerah. Dan boleh juga diaplikasikan pada benda lain contohnya warna baju, lipstik, kasut etc...


Saturday, September 19, 2009

PSD tutorial : another way to sketches

Tutorial ni pernah saya letak di sini, tapi ntah macam mana satu hari tu ter'delete' plak. Tapi sayang pulak sebab dah ada resource semua kan. Jadi saya letakkan semula di sini. Tutorial ni tunjukkan cara bagaimana nak jadikan gambar anda sebagai imej sketches. So, let's begin!!

1. Macam biasa, buka imej yang anda nak edit.


2. Copy layer Background tadi dengan menekan ctrl + j.



3. Klik pada menu bar Image > Adjustment > Invert.


4. Anda akan dapat image macam negative gambar ni.


5. Pastu, di Layers window, tukar Blending Mode kepada Color Dodge.


6. Imej anda akan jadi putih macam ni. Tapi takpe, jangan risau, teruskan klik pada Filter > Blur > Gaussian Blur.
7. Setkan Radius = 2 (atau secukup rasa). Anda akan dapat imej yang sebegini.


8. Tambah 1 layer baru dengan klik pada button New Layer di bawah window Layers atau klik pada menu Layer > New > Layer atau hotkey CTRL+SHIFT+N.

9. Pada layer baru, klik ALT+CTRL+SHIFT+e untuk combine semua layers, tapi tetap simpan layers asal.

10. Klik pada Image > Adjustments > Threshold.
11. Setkan Threshold Level = 250 (atau secukup rasa, depends pada gambar anda).
12. Dah siap pun, inilah hasilnya sebelum dan selepas sketches.



:)

Ni satu lagi contoh, gambar sketches yang dah saya overlay dengan warna... Pas dah siap wat sketches macam kat atas tadi, copy layer background, letakkan di bawah layer sketches, dan tukar Blending Mode kepada Overlay.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...