Monday, January 19, 2009
fast tip: save *.docx kepada *.doc
Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, ramai pelanggan yang baru menggunakan Microsoft Office Word 2007 merungut kerana file mereka tidak dapat di buka di dalam komputer lain yang menggunakan Microsoft Office Word 2003 dan ke bawah. Tak kurang juga yang nak downgrade ke 2003 semula.
Tip: Bagi membolehkan file yang anda create dalam Office Word 2007 boleh dibuka dalam Office Word 2003 dan downwards, ketika save dokumen, pastikan anda select bahagian Save As Type sebagai Word 97 – 2003 Document. Jadi, file anda akan di simpan sebagai namafile.doc dan anda tidak ada masalah lagi untuk print atau edit dokumen anda tu di pc yang menggunakan Office Word versi terdahulu.
....
Saturday, November 15, 2008
mainkan semua video format dalam 1 player!
Biasanya kita perlu install pelbagai player untuk pelbagai video format kan, contohnya FLV Player untuk play *.flv, divx player untuk divx format dan seumpamanyalah. Jadi tak mahu menyesakkan mata dan pc kita, just gunakan tips ini untuk supaya video player pilihan anda menjadi All In One.
dalam kes ini, saya memilih untuk menggunakan Windows Media Player sebagai default player dan terus dapat memainkan fail-fail video seperi avi, divx, xvid, mov, mpeg4, real video, mpeg1 dan mpeg2 bila saya double-click.
Apa yang perlu anda lakukan?
- wahid (1): download ffdshow di sini
- isnain (2): install seperti biasa
- salasatun (3): klik kanan pada fail video yang ingin dimainkan secara default tersebut, contohnya failsaya.flv, dan klik open with. Klik pada Windows Media Player dalam senarai dan tick pada Always use the selected program the open this kind of file di bawah senarai tersebut.
- arbaatun (4): ok, sekarang double click failsaya.flv dan anda akan dapati yang ia di buka dalam Windows Media Player. Pada kali pertama setiap format di gunakan, anda akan mendapati terdapat 1 dialog box makluman seperti berikut. cuma tick dan sekarang anda boleh mainkan format *.flv dalam Windows Media Player anda. Ulangi langkah (4) untuk format2 video yang lain.

~FFDShow adalah codec pack yang akan install codec video format ke dalam pc anda. Terdapat juga fungsi pelarasan audio dan subtitle(boleh dilihat pada taskbar) yang menjadikan tontonan video anda lebih fleksibel.
p.s: tips asal - brader tasek16 dr putera.com
....
Tuesday, October 14, 2008
windows vienna:pengganti windows vista

Ada rumours yang dah jadi kenyataan bahawasanya Microsoft akan melancarkan 1 lagi versi Windows pada pertengahan tahun hadapan.Windows Se7en yang juga dikenali dengan nama Vienna bakal menjengah dunia IT pada September 2009.

dalam keadaan vista yang baru nak bertatih, kemunculan windows Se7en mungkin menimbulkan persoalan.Kemungkinan2 yang berlaku dan menyebabkan peralihan ini:
- Vista memerlukan spec sistem yang tinggi untuk menggunakannya
- kurang mesra pengguna berbanding XP
macamana nasib windows vista lepas kedatangan adik dia vienna.wait n c..
Wednesday, October 8, 2008
ori ke telefon bimbit anda?
selalunya masa membeli telefon bimbit atau handset kita akan ditanya penjual sama ada kita nak yang ORI atau AP.sememangnya selalu kita pastikan ori,baru beli tapi ada jugak sesetengah yang nak save bajet n tak kisah sangat pasal mendalah tu.
Berikut beberapa info antara ORI dan AP:
Original Set
- Nokia: Pengedar sah ---> Zitron, Avaxx dan i-Mobile.
- Sony Ericsson ---> T-Choice, Grandtech dan
- Samsung ----> First Mobile Group (FMG).
- Motorola -----> Satellite Technics, Zitron and MDM.
- Siemens ----Zitron and FMG.
- Pengguna boleh servis kat mana2 servis centre (Nokia Professional Centre, Sony Ericsson Certified Service Centres...)
- Setahun waranti untuk full set termasuk charger, bateri, handsfree.
- Guna alat ganti yang tulen.
AP Set
- Approval products
- biasanya diimport dari luar negara untuk dijual kepada pengguna.
- Waranti untuk AP set biasanya diberi oleh syarikat2 seperti Final Choice, CSL, Nefion, Telstra, GTMax...dll
- Setahun waranti untuk telefon dan sebulan untuk aksesori seperti charger, bateri, handsfree.
AP set sebenarnya membayar tax import,cuma tidak membayar tax sebagai Local Authorised Dealer.Ia biasanya dijual oleh syarikat2 kecil yang mungkin boleh menghentikan perniagaan mereka bila2 masa sahaja.
Tambahan pula,jika ada kerosakan pada telefon bimbit anda,kadang kala syarikat AP tidak mempunyai alat ganti yang cukup.Jadi mereka terpaksa menghantar ke Local Authorised Dealer (eg. Zitron, Avaxx).
Terdapat satu lagi set telefon bimbit dikenali sebagai recon set, jadi berhati-hati semasa membeli.
Recon set adalah second hand handset dari luar negara, di mana mereka hanya menukar cover(mungkin bukan original cover),servis sikit2 dan jual sebagai AP set.
Mengenalpasti Original dan AP Set.
- Buka phone case dan bateri.
- Original set didatangkan dengan sticker syarikat yang sah (Zitron, Avaxx, T-Choice...)
- AP set didatangkan dengan sticker syarikat AP (Final Choice...)
- Tekan *#06# untuk check 15 digit nombor siri telefon tersebut (IMEI).
- Bandingkan dengan IMEI yang ditulis di phone sticker(belakang phone case) dan sticker pada kotak pakej.
- Untuk set original,ketiga2 IMEI ini adalah sama.
kredit: lowyat.net
...

Saturday, September 6, 2008
Google Chrome: saingan mozilla firefox
Mostly design dia banyak menyerupai opera.contohnya masa buka tab baru,dia akan tunjuk thumbnails web mana yang paling kerap kita kunjungi.sangat mudah.lagi satu yang menarik yelah mode incognito yang kita bleh guna dalam browser ni.dalam mode ni,chrome tak akan menyimpan maklumat ttg semua website,cookies atau carian kita.sangat beshhh..aku dah tak larat nak padam kukis2 kat pc tempat keja aku..hehe..so ape lagi.jom run 4 the new technology.
Friday, September 5, 2008
Tips IT: Lajukan Mozilla Firefox
Aku ni bleh dikatakan pengguna internet tahap extrem jgk la.hamper separuh hayat aku duk di alam maya..hahaha.betol ke.Oke la,aku nak gtau korang sume satu rahsia nak lajukan surfing korang kalo nkorang termasuk dalam golongan pengguna Mozilla Musang Berapi (Mozilla FireFox).
Aku dapat dari website mane tah.sori la kat admin website tu.Kalo tak leh aku bagi kredit.
Bende ini aku dah test senirik n memang puas ati la.dulu pc kat tempat keja aku jalan macam ktm,skang laju macam erl.hohoh best..
K follow thiz rules..
1. Buka Firefox anda, dan taip kat address tu ----> about:config
2. Right click kat mana2 pastu select New -> Integer ...... dan paste skrip berikut -----------> nglayout.initialpaint.delay .............. pastu set 300
kalau tidak berpuas hati dgn 300.. boleh disetkan kepada -----> 0
kalau masih tidak suka dgn kelajuannya...
1. tengok config tu dan scroll down sampai jumpa skrip tersebut
network.http.pipelining
network.http.proxy.pipelining
network.http.pipelining.maxrequests
2. double click kat situ utk tukar false tu kepada true, contohnya -
network.http.pipelining - true
network.http.proxy.pipelining - true
network.http.pipelining.maxrequests - 30 (sekali request 30 mai)
3. pastu type skali lg -----> about:config dan select New -> Integer dan paste skrip tersebut --->
nglayout.initialpaint.delay
set kepada 0
dan kita restart firefox (tutup dan buka semula)
kita boleh test... sepatutnya akan melajukan 2 hingga 3 kali lebih laju daripada biasa.. Selamat Mencuba..
*Mekasih pada pemberi tips asal.


