Wednesday, March 4, 2009

photoshop tutorial - make-up part 5 - blusher

~Image 9~


1. Buat 1 layer baru (ctrl+n) atau Layer > New.
2. Pilih warna yang akan digunakan pada warna foreground.
3. Gunakan Brush Tool dengan saiz yang bersesuaian untuk melukis blusher. Hasilnya seperti di imej 9(a).
4. Kaburkan dengan menggunakan Filter > Blur > Gaussian Blur. Rujuk imej 9(b).







Haa dah siap pun. Senang je kan. Jangan lupa gunakan kreativiti anda yer. Practice makes perfect!!

Nota Kaki 1: Tadi lipstick dia warna pink, tapi tak sesuai. Jadi, saya tukar warnanya dengan klik pada layer tersebut dan tukar hue/saturation atau shortcut ctrl+u.
Nota Kaki 2: Tutorial ini saya perolehi dari internet. Kredit saya kepada penulis tutorial ni.


....

Tuesday, March 3, 2009

photoshop tutorial - make-up part 4 - eye shadow


~Image 8~


1. Buat 1 layer baru (ctrl+shift+n) atau Layer > New.
2. Pilih warna yang akan digunakan pada warna foreground.
3. Gunakan Brush Tool dengan saiz yang bersesuaian untuk melukis shadow di atas mata.
Hasilnya seperti di image 8(a).
4. Kaburkan sedikit dengan menggunakan Filter > Blur > Gaussian Blur. Rujuk imej 8(b).
5. Dengan menggunakan Tool Eraser, padamkan warna yang berlebihan di luar kawasan kelopak mata.
6. Tukar Blending Mode dalam layers pallette dari normal kepada Color Burn. Rujuk imej 8(c).






Bersambung lagi...


.....

Tuesday, February 24, 2009

photoshop tutorial - make-up part 3 - eye liner


~Image 7~
1. Buat 1 layer baru (ctrl+shift+n) atau Layer > New.
2. Gunakan Eyedropper Tool dan klik pada warna paling gelap di eyelashes untuk
mendapatkan warna yang sesuai. Rujuk imej 7(a).
3. Gunakan Brush Tool dengan saiz yang bersesuaian untuk melukis garisan di atas mata.
Hasilnya seperti di imej 7(b).
4. Tukar Blending Mode dalam layers pallette dari normal kepada Soft Light. Rujuk imej 7(b).

Bersambung...

...

Tuesday, February 10, 2009

photoshop tutorial - make-up part 2 - eyes and lips

EYES AND LIPS

Okey sambungan dari previous posting..
~Image 5~
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk mewarna anak mata. Salah satu cara yang mudah akan saya tunjukkan di sini. Cara ini hanya menggunakan brushes.

1. Buat 1 layer baru (ctrl+shift+n) atau Layer > New.
2. Pilih warna yang ingin di gunakan dalam foreground.
3. Gunakan Brush Tool dengan saiz yang bersesuaian.
4. Mula lah anda mengecat warna anak mata anda seperti rajah di atas. Rujuk imej 5(a).
5. Filter > Blur > Gaussian Blur. Blur sedikit supaya tidak terlalu obvious. Rujuk imej 5(b).
6. Tukar Blending Mode dalam layers pallette dari normal kepada Overlay / Soft Light.
Rujuk imej 5(c).
7. Ulangi langkah 1 -6 untuk warna lipstick. Rujuk imej 6 (a),(b),(c).


~Image 6~



Bersambung....
....

Monday, February 9, 2009

photoshop tutorial : make-up part 1 - skin face

~Image 1~
Kali ni saya nak share dengan korang, para newbies dalam photoshop pasal 1 lagi benda yang best amat nak dibuat dengan photoshop. Benda itu yelah.. Photoshop Saloon. Tipu lagi. Mana ada nama tu. Saya yang wat sendiri. Relevan lah jugak bukan. Oklah kenapa saya kata saloon. Sebab dalam tutorial ni kita akan MAKE-UP!! (*gembira*). Macam yang Graphic Designer selalu buat untuk cover muka artis2 kesayangan kita tu. Ok murid-murid. Sedia ye.


SKIN FACE

1.Buka imej yang anda ingin edit. File > Open atau ctrl+o

~Image 2~

2. Ok, perhatikan wajah model ini. Kulitnya nampak kasar dan berbintik-bintik. Jadi saya akan edit bahagian kulit muka supaya kelihatan lebih halus dan licin.Perhatikan imej 3(a) dan 3(b) di bawah:


~Image 3~
Apa yang saya lakukan dalam imej 3(a) ini ialah dengan menggunakan Polygonal Lasso Tools untuk select keseluruhan muka. Dan juga mana-mana bahagian badan yang kelihatan dalam imej.

Seterusnya, bagi mendapatkan kulit muka sahaja, kita perlu deselect(buang) bahagian-bahagian muka yang lain seperti mata, kening, hidung etc.. Untuk deselect, anda hanya perlu tekan alt+klik Polygonal Lasso Tool pilih bahagian yang ingin deselect seperti dalam imej 3(b).

1. Dengan selection masih aktif, anda copy bahagian ini dengan menggunakan ctrl+c.
2. Create 1 layer baru (ctrl+shift+n) atau klik sebelah icon delete(dustbin) dalam window layer.
3. Paste selection tadi dengan menggunakan shortcut ctrl+v (Imej 4(c)).
4. Filter > Blur > Gaussian Blur. Gerakkan slider secukup rasa sehingga kulit muka kelihatan licin dan bersih (Imej 4(d)).


~Image 4~

1. Combine layer ini dengan imej sebelumnya Layer > Merge Down atau shortcut ctrl+e.Kurangkan opacity imej sehingga 70% dalam window layers.


Pesanan Saya 1: I don't know watdehel going wif my pc. I can't even copy, paste even move image in blog. So, gonna publish by part. Dem pc!!
Pesanan Saya 2: Nantikan next part untuk make-up eyes and lips ye..






Monday, January 19, 2009

fast tip: save *.docx kepada *.doc

Untuk pengetahuan pengguna yang belum pernah menggunakan Office Word 2007, file yang disimpan dalam perisian Office terbaru ini akan menggunakan extension namafile.docx dan bukan namafile.doc seperti versi terdahulu. Perubahan ini di lakukan untuk meningkatkan keselamatan dokumen selain menambah pelbagai fungsi terbaru yang memudahkan pengguna.


Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, ramai pelanggan yang baru menggunakan Microsoft Office Word 2007 merungut kerana file mereka tidak dapat di buka di dalam komputer lain yang menggunakan Microsoft Office Word 2003 dan ke bawah. Tak kurang juga yang nak downgrade ke 2003 semula.


Tip: Bagi membolehkan file yang anda create dalam Office Word 2007 boleh dibuka dalam Office Word 2003 dan downwards, ketika save dokumen, pastikan anda select bahagian Save As Type sebagai Word 97 – 2003 Document. Jadi, file anda akan di simpan sebagai namafile.doc dan anda tidak ada masalah lagi untuk print atau edit dokumen anda tu di pc yang menggunakan Office Word versi terdahulu.


....

Wednesday, November 26, 2008

PSD tutorial: 2 minit untuk tukar warna baju.


Satu lagi teknik mudah dan tanpa kos masa dari Adobe Photoshop. Sangat le senangnya bak kata orang sambil pejam mata pun boleh wat. Ok sila ikuti langkah-langkah ini ye.

1. Macam biasa, buka imej yang anda ingin edit.


2. Dengan menggunakan tool Polygonal Lasso Tool dari Tool Pallette, mulakan selection pada baju. Lakukan dengan berhati2. Klik dan tarik dan klik mengikut garisan.

HOTKEY TIPS:
  • Jika saiz imej terlalu kecil, besarkan view dengan menggunakan hotkey ctrl++
  • Jika saiz imej terlalu besar, kecilkan view dengan menggunakan hotkey ctrl+-

3. Setelah siap membuat selection, ctrl+u untuk mendapatkan Hue/Saturation. Dalam tetingkap ini, gerakkan slider untuk mendapatkan warna yang anda inginkan. Setelah berpuas hati dengan warna tersebut, ctrl+d untuk deselect(hentikan selection).


4. Ha siap dah. Gunakan kreativiti anda untuk adjust warna kegemaran anda. Ini antara hasilnya.


Lepas ni, boleh la anda adjust gambar raya anda berdua supaya warna baju sedondon dengan boyfriend/ girlfriend/ suami/ isteri sebelum di framekan. Haha.

Teknik ini lebih berkesan pada warna pakaian yang cerah. Pada warna gelap tak banyak perubahan. Selain itu, anda juga boleh gunakan teknik yang sama untuk ubah apa2 warna seperti warna mata, rambut, kasut dan sebagainya yang berwarna cerah. Anda juga boleh putihkan gigi dengan kaedah ini iaitu select kemudian tinggikan Lightness sedikit dalam Hue/Saturation. Mudah, kan?



....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...