Monday, November 24, 2008

PSD tutorial: tukar latar belakang anda

Salam. Kali ini saya akan menunjukkan cara untuk menukar imej pada latar belakang anda. Bayangkan, anda tidak pernah ke Zurich tetapi anda teringin melihat gambar anda di abadikan bersama salji yang memutih di sana. Cara termudah dan tanpa kos ialah dengan menggunakan Adobe Photoshop! :).

Untuk memudahkan anda, saya tunjukkan senarai tools yang akan digunakan dalam tutorial ini (highlighted hijau). Semua tools ini terdapat pada pallette tools dalam perisian Adobe Photoshop anda.

Ikuti langkah2 ini:

1. Buka imej anda.

2. Gunakan Polygonal Lasso Tool (L) untuk select imej anda. Mulakan dengan klik dan tarik dan klik sehingga selesai selection anda.

TIPS: untuk imej seperti di atas yang mempunyai 1 warna untuk latar belakang, anda boleh menggunakan Magic Wand Tool(W) yang secara automatik akan select warna yang di klik.
  • Klik pada warna biru.
  • Photoshop akan select semua warna biru dalam gambar. Imej yang anda perlukan adalah orang. Jadi, anda perlu inverse selection dengan menggunakan hotkey ctrl+shift+i.

3. Hasil kerja anda setakat ini:


4. Ctrl+c untuk copy imej orang.
5. Seterusnya buka gambar pemandangan/ latar belakang yang anda suka. ctrl+v untuk paste imej orang tadi.



6. Sekarang, gunakan ctrl+t untuk resize imej orang tersebut mengikut kesesuaian latar belakang.
7.Gunakan Move Tool (V) untuk menggerakkan imej orang ke posisi yang anda sukai. Jangan lupa padamkan kesan2 cut/potong di tepi imej dengan menggunakan Eraser Tool(E). Hasilnya:

Anda sudah pun bergambar berlatar belakangkan salju yang membiru. Haha.. biru ke.

Dan yang lagi best anda pun boleh menggunakan imaginasi tanpa sempadan untuk menambahkan lagi kepelbagaian pada gambar anda. Selamat mencuba!!


Dan oh, gunakan ctrl+t juga untuk menterbalik, menyengetkan gambar anda dan macam2 lagi. caranya:

  • ctrl + t
  • halakan kursor di luar imej sehingga anda nampak satu lengkungan kecil dengan anak panah.
  • hold mouse dan anda pusingkan imej sesedap rasa. Juga, anda boleh cuba menekan kekunci shift,ctrl atau alt ketika pusing atau manipulasi imej. Anda boleh lihat perbezaan dan penggunaannya nanti.


keep practice!

...

3 comments:

Unknown said...

;-)

simple jer.... tapi tu sebab memang dah background blue colour.....

tapi kalo nak paste pada background yang lain mungkin colour pada rambut bahagian bawah (yang jarang2) tu kene adjust jugak.

then kalo nak bagi lebih gempak guna eraser dan kurangkan kapasiti then kasi clen kesan potongan lebih nampak real....

siti.zaimar said...

pendekar
pendekar, thanks tolong tambah2. penting tu. kebetulan plak background saya memang biru, lupa plak kalo warna background lain kne erase tepi2 imej kat kesan potongan tu bagi nampak lagi natural. sb mmg tutorial untuk beginner je. hehe..

atieaizam said...

assalam sis..

bertahun sya cuba memahami dan belajar basic photoshop.. utk tukar background shj.. tapi tak penah berjaya.. dengan tutorial sis akhirnya sya tersenyum gembira.. sya berjaya sis.. sya dah boleh buat.. terima kasih sis sebab bantu sya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...