Monday, February 9, 2009

photoshop tutorial : make-up part 1 - skin face

~Image 1~
Kali ni saya nak share dengan korang, para newbies dalam photoshop pasal 1 lagi benda yang best amat nak dibuat dengan photoshop. Benda itu yelah.. Photoshop Saloon. Tipu lagi. Mana ada nama tu. Saya yang wat sendiri. Relevan lah jugak bukan. Oklah kenapa saya kata saloon. Sebab dalam tutorial ni kita akan MAKE-UP!! (*gembira*). Macam yang Graphic Designer selalu buat untuk cover muka artis2 kesayangan kita tu. Ok murid-murid. Sedia ye.


SKIN FACE

1.Buka imej yang anda ingin edit. File > Open atau ctrl+o

~Image 2~

2. Ok, perhatikan wajah model ini. Kulitnya nampak kasar dan berbintik-bintik. Jadi saya akan edit bahagian kulit muka supaya kelihatan lebih halus dan licin.Perhatikan imej 3(a) dan 3(b) di bawah:


~Image 3~
Apa yang saya lakukan dalam imej 3(a) ini ialah dengan menggunakan Polygonal Lasso Tools untuk select keseluruhan muka. Dan juga mana-mana bahagian badan yang kelihatan dalam imej.

Seterusnya, bagi mendapatkan kulit muka sahaja, kita perlu deselect(buang) bahagian-bahagian muka yang lain seperti mata, kening, hidung etc.. Untuk deselect, anda hanya perlu tekan alt+klik Polygonal Lasso Tool pilih bahagian yang ingin deselect seperti dalam imej 3(b).

1. Dengan selection masih aktif, anda copy bahagian ini dengan menggunakan ctrl+c.
2. Create 1 layer baru (ctrl+shift+n) atau klik sebelah icon delete(dustbin) dalam window layer.
3. Paste selection tadi dengan menggunakan shortcut ctrl+v (Imej 4(c)).
4. Filter > Blur > Gaussian Blur. Gerakkan slider secukup rasa sehingga kulit muka kelihatan licin dan bersih (Imej 4(d)).


~Image 4~

1. Combine layer ini dengan imej sebelumnya Layer > Merge Down atau shortcut ctrl+e.Kurangkan opacity imej sehingga 70% dalam window layers.


Pesanan Saya 1: I don't know watdehel going wif my pc. I can't even copy, paste even move image in blog. So, gonna publish by part. Dem pc!!
Pesanan Saya 2: Nantikan next part untuk make-up eyes and lips ye..






1 comment:

mazlanmnrai said...

salam..kak zae, apa beza antara ketiga-tiga jenis lasso tool tu..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...