Thursday, October 16, 2008

text animation menggunakan adobe image ready


Image ready merupakan salah satu software mesra pengguna daripada adobe.mempunyai link dalam tools photoshop(sehingga photoshop 9.0 - cs2), image ready digunakan secara meluas untuk membuat gif animation(gambar/teks bergerak).


Pautan dari photoshop adalah bersesuaian kerana imej perlu dibuka/edit dalam photoshop terlebih dahulu sebelum dianimasikan dalam image ready.


Gambar/teks bergerak ini lebih mudah untuk menarik perhatian visitor berbanding imej pegun.oleh sebab itu,ramai pengiklan/usahawan internet menggunakan gif animation ini sebagai link ke website mereka. hari ini saya akan menunjukkan cara untuk membuat animated text dalam adobe image ready.

1.buka adobe photoshop terlebih dahulu.

2.File > New (width -120, height - 60, background contents - white).

3.anda akan mendapat imej seperti gambar di atas.


4.Klik pada warna pada foreground untuk menukar warna latarbelakang anda.


5.Alt+Delete untuk masukkan warna tersebut di latar belakang.

6.Ok,selepas itu, klik pada type tool (huruf T di pallette) dan type pada latar belakang tersebut. Gunakan move(v) tool untuk menggerakkan tulisan anda ke tempat yang sesuai.

7.Untuk mengedit tulisan,anda boleh edit pada type bar di bawah menu bar.boleh ubah tulisan,warna,font,clarify,warped dan macam2 lagi.

8.Okey,sekarang buka image ready.link ini terdapat di bahagian kanan bawah palette tools.atau anda boleh menggunakan hotkey Ctrl+Shift+M.

9.Dalam image ready,imej dari photoshop tadi secara automatik telah di buka.

10.pada animation pallete di bawah sekali,klik pada button.seterusnya
klik pada copy frame dan selepas itu klik paste frame.

11.seterusnya klik pada 'Paste after selection ' pada pop-up berikut.

12.saya telah paste sebanyak 9 copy dan membuat pelbagai varieties pada setiap layer.bagi membolehkan perkataan terima kasih kelihatan berkelip-kelip,saya membuat selang seli antara halaman kosong berwarna merah dan mempunyai tulisan.

13.untuk 3 page seterusnya saya membuat perbagai perubahan dengan menukar warna latar belakang dan warna tulisan.

14.sesetengah objek pada layer mungkin akan kelihatan bertindih,jadi apa yang anda perlu lakukan
  • klik pada frame tersebut.
  • disablekan objek yang bertindih di layer palette.
15.setkan masa yang terdapat pada setiap bawah frame.masa ini bermaksud berapa lama frame itu akan appear.

16.ok, dah siap!sekarang untuk save..anda pergi ke file > save optimized as...
dan pastikan save sebagai .gif.jika tidak animated gif anda tidak akan bergerak.

17.hasilnya..



p/s: animated gif ini juga boleh digunakan untuk gambar anda supaya kelihatan bergerak.sebagai contoh 2keping gambar anda menutup dan membuka mata.anda boleh manipulasikan gambar itu dalam adobe image ready yang membuatkan gambar anda kelihatan seperti mengelipkan mata.hehe..best kan..


Contoh2 Penggunaan Iklan Menggunakan Adobe Image Ready












tag:

3 comments:

Anonymous said...

thanks yach..

Wawa_Nadwa said...

yey!
dlu penah blajo pastu dh lupe.
sib baik akk ade wat ni.
leh la buat nnti.
=)

syameel said...

salam,

kenapa bila saya post dlm blog,gambar tak berkelip pun walau dah save dgn gif??

pohon bantuan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...